SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

PROFIL SEKOLAH

VISI SEKOLAH

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI SEKOLAH

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti 
Untuk Membangunkan Potensi Individu 

Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"



OBJEKTIF SEKOLAH



  1. Berusaha mencapai sifar linus dalam kalangan murid SKTPW
  2. Meningkatkan taraf akademik murid SKTPW dengan sistem pembelajaran dan pengajaran yang berkesan
  3. Meningkatkan tahap sahsiah dalam disiplin murid SKTPW
  4. Berusaha meningkatkan tahap keselamatan maksimum dalam Program 3K
  5. Meningkatkan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum hingga peringkat daerah, negeri dan kebangsaan

LAGU SEKOLAH 


TEKUN USAHA JAYA

Tekun Usaha Jaya, itu cogan katanya,
SK Puteri Wangsa, pelajarnya puteri putera,
Gurunya berwibawa, membimbing, membudaya,
Supaya menjadi insan yang berdedikasi.

Di bidang kejohanan tetap kami jayakan
Teknologi maklumat akan kami semaikan,
Pada ibu dan bapa kami tetap berjanji,
Tekun, Usaha, Jaya, diberkati Maha Esa.



LAMBANG SEKOLAH


Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa dibahagikan kepada 4 pecahan mempunyai maknanya yang tersendiri. Makna bagi empat pecahan itu ialah seperti berikut;

Bentuk

Buku :
Melambangkan akdemik sekolah

Obor :
Melambangkan semangat kegigihan

Jalur Merah/Putih :
Bendera Malaysia

Buku dan Pokok :
Digabungkan dan dibentuk menjadi satu ilustrasi melambangkan minda dan ilmu pengetahuan yang tidak terbatas.


WARNA

Hijau :
Melambangkan kesuburan dan pembangunan dalam aspek jasmani, rohani, dan intelek murid-murid.

Kuning :
Melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan dari segi akademik sukan dan sahsiah murid.

Merah :
Melambangkan ketegasan, keberanian, bagi mengahadapi segala cabaran

Putih :
Melambangkan kesucian dan keikhlasan.

Biru :
Melambangkan semangat kejiranan dan kesungguhan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Merah dan Putih :
Jalur gemilang penyerapan semangat patriotik di kalangan murid supaya menjadi warganegara yang baik.