SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK TAMAN PUTERI WANGSA

SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa telah didirikan di atas tanah seluas hampir 4.81 ekar berhadapan Jalan Badik 30, Taman Puteri Wangsa. Sekolah ini telah dibuka untuk penerimaan murid pada 8 November 2000 dengan bilangan murid seramai 450 orang. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya bermula 1 Januari 2001. 


Bangunan sekolah ini mempunyai blok 3 tingkat berbentuk segi empat, sebuah kantin yang dapat menampung seramai 300 orang murid setiap kali sesi rehat, sebuah padang permainan , 2 buah gelanggang badminton dan 41 petak meletak kenderaan serta sebuah pondok kawalan keselamatan.


Bangunan ini mengandungi sebuah pejabat, bilik mesyuarat, makmal komputer, bilik kaunseling, bilik setiausaha peperiksaan, bilik rawatan, 2 buah perpustakaan, bilik media dan tayang, surau dan bilik wuduk (lelaki dan perempuan), bilik pemulihan, bilik kokurikulum, bilik pengawas, bilik operasi SPBT, kedai buku, dewan terbuka, bilik kemahiran hidup, bilik muzik, 2 buah makmal sains, 2 buah bilik guru (sebuah daripadanya dijadikan Bilik J-Qaf iaitu di aras bawah) dan 30 buah bilik darjah yang mana 2 buah daripadanya dijadikan bilik pra sekolah 1 dan bilik sukan. Kini sekolah ini mempunyai hampir 1500 orang murid dengan 82 orang guru termasuk guru besar dan staf sokongan seramai 6 orang.